Thursday 28 July 2016

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN



Walaupun industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah mengugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, namun usaha keras yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia, telah meningkatkan keyakinan pelancong dari lain-lain negara selain Cina, untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Data terkini yang dikeluarkan oleh “Tourism Malaysia”, sehingga Disember 2014, mencatatkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia telah meningkat sebanyak 6.7 peratus menjadi seramai 27.4 juta pelancong.

Langkah yang pertama ialah melengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita. Sebagai contoh, keretapi laju (ETS) adalah salah sebuah projek pengangkutan yang berkaitan dengan bidang pelancongan ini. ETS yang jauh lebih laju daripada keretapi biasa dapat menarik pelancong untuk menaikinya untuk menuju ke destinasi berjarak jauh di Malaysia. Ia dapat menjimatkan masa para pelancong dan masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan aktiviti pelancongan. Selain dari ETS, kemudahan bot ataupun feri dapat menarik bilangan pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau peranginan yang terdapat di Malaysia ini. Contohnya, perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi telah dinaiktarafkan dengan feri yang boleh membawa penumpang dengan kenderaan ke pulau tersebut. Jadi, ia lebih memudahkan pergerakan para pelancong kerana mereka tidak perlu untuk menyewa kenderaan lagi ketika berada disana (Johan M., 2015).

Langkah yang kedua adalah dengan penganjuran pelbagai acara dan juga karnival. Karnival pelancongan adalah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan sesebuah negara ke mata dunia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) bertanggungjawab dalam merangka karnival ini. Dalam karnival seumpama ini, banyak perkara diketengahkan seperti tempat-tempat menarik, kepelbagaian makanan dan juga kebudayaan masyarakat yang pelbagai kaum. Terdapat juga pakej-pakej pelancongan yang kompetitif disediakan kepada masyarakat antarabangsa. Selain daripada membuat karnival, KPKM telah membuat projek pelancongan. Dalam projek ini, terdapat sukarelawan pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pelancongan pelajar, pelancongan pendidikan, agro-pelancongan dan pelancongan sukan.

Langkah yang ketiga ialah melalui Tourism Malaysia (TM). Tourism Malaysia telah banyak membuat program yang industri pelancongan. Terdapat pelbagai industri seperti agensi pernaigaan, perlesenan dan pendaftaran pelancongan, industri konvensyen dan pameran dan persatuan pelancongan dan agensi seperti Arkib Negara Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Jabatan Muzium Malaysia yang bernaung dan berkolaborasi di bawah TM ini. TM telah menjalankan pelbagai kempen demi meningkatkan pelancongan di Malaysia. Kempenkempen seperti ‘Malaysia Truly Asia, ‘Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je’, ‘Tahun Melawat Malaysia’ dan ‘Malaysia years of festival’ (MyFEST) dapat memperkenalkan keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ke masyarakat seantero dunia. Keunikan yang ditawarkan ini dapat menaikkan jumlah kedatangan pelancong ke negara kita saban tahun.

Langkah yang keempat adalah dengan memperkenalkan produk pelancongan baru yang dapat menarik minat pengunjung dari negara asing. Kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa iaitu menyediakan lebih banyak  ‘homestay’ untuk dihuni oleh para pelancong. Selain itu, musim buah-buahan yang hanya terdapat di negara ini seperti durian, mempelam, manggis dan sebagainya turut dihebahkan kepada pelancong asing supaya mereka dapat menikmati keenakan buah-buahan tersebut dan seterusnya menjadi buah mulut mereka untuk terus datang ke Malaysia pada musim-musim tertentu. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, peluang untuk memperkenalkan budaya dan kesenian di Malaysia yang pelbagai dan unik ini terbuka sangat luas (Malia J., 2013).

No comments:

Post a Comment