Thursday 28 July 2016

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN



Potensi industri pelancongan untuk menjadi penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika segala usaha untuk membangun dan memajukan industri pelancongan diberi penekanan yang sepatutnya. Isu-isu yang melibatkan pelancongan mempunyai pro kontra dalam sumbangannya terhadap jumlah kedatangan pelancong ke negara Malaysia. Kejayaan yang diterima industri pelancongan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kempen dan promosi galakan di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga adalah disebabkan daripada pengalaman pelancong itu sendiri ketika melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik ketika melancong ke Malaysia akan turut mempromosikan negara Malaysia sebagai negara yang patut dilawati kepada orang lain (Yahya R., 2009).

Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) adalah salah satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyokong aktiviti pelancongan ini. PATA mempunyai pengaruh yang besar dalam industri pelancongan telah mengadakan persidangan tahunannya di Malaysia (Minda bahasa, 30 Jun 2008). Pata memainkan peranan yang penting dalam memulihkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap keindahan negara Malaysia melalui pelbagai promosi yang dibuat di seluruh dunia. Pada tahun 1992, PATA telah menggariskan Kod Tanggungjawab Sektor Pelancongan Terhadap Alam Sekitar (KTSPTAS) sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan kegiatan pelancongan yang lebih mesra alam di seluruh dunia (Utusan Online, 10 Januari 1998).

Sistem ‘tagal’ juga merupakan salah satu sistem yang digunakan dalam menyokong industri pelancongan di Malaysia. Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Ia merupakan satu kaedah tradisional yang telah diubahsuai menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan Jabatan Perikanan negeri Sabah Berdasarkan sistem ini, penggunaan sumber semulajadi dihadkan dengan mengaplikasikan zon rizab dan juga limitasi penuaian sumber sungai khususnya. Amalan pengurusan ini juga telah diperluaskan kepada lebih ramai komuniti pada masa kini dan sekaligus telah menjadi satu sistem pengurusan yang bukan sahaja untuk pemuliharaan alam sekitar tetapi sebagai sebuah ‘produk’ yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial komuniti pelaksana. Sistem ini diguna pakai oleh komuniti yang sedar tentang kebaikannya sebagai sebuah produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti.. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan (Foo J., 2011).

Selain itu, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dengan persetujuan Diraja. Dengan kelulusan ini, Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Menteri Perdagangan dan Perindustrian akan melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang beranggungjawab untuk menjalankan Perbadanan dan pentadbiran am. Garis-garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan bilangan perjalanan antara negeri oleh rakyat Malaysia sendiri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri, terlibat dalam proses pembangunan fizikal industri pelancongan dan menjalani tugas-tugas yang berkaitan dengan pelancongan antarabangsa dan serantau.

Disamping itu, dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan berkolaborasi dengan pihak-pihak swasta untuk membangunkan produk-produk baru. Pada tahun 1994, kerajaan telah melancarkan Tahun melawat Malaysia 1994 dengan menawarkan 170 program dan acara yang merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaanpameran, sukan dan konvensyen. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Pameran Maritim dan Udara (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi adalah contoh aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini perlu mempunyai perancangan yang teliti supaya dapat dijalankan sepanjang masa denga promosi yang lengkap dan meluas. Ia dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan bahawa Malaysia cemerlang dalam bidang pelancongannya.

No comments:

Post a Comment