Thursday, 28 July 2016

RUJUKAN



Abdullah R. (2012). The Economic Impact of the Tourism in Malaysia : An Input Output
Analysis. Diambil dari
http://etd.uum.edu.my/3552/7/s810163(1).pdf          

Ashley C., Brine P., Lehr A. & Wilde H. (2009). The Role of The Tourism Sector in
Expanding Economic Opportunity. Cambridge : Havard University.          

Bhuiyan A.H., Siwar C. & Mohamad I.S. (2013). Tourism Development in Malaysia from
the Perspective of Development Plans. Asian Social Science, 9(9), 11-18.

Foo J., (2011). Sistem Tagal dalam Industri Pelancongan: Manfaat Kepada Komuniti.
Malaysia Journal of Society and Space, 7(1), 14-15.          

Ibrahim Y., (2001). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di
Pulau Redang. Akademica 59, 95-116.

Johan M. (2015). Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing. Diambil dari
https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/musalmah28_4_2015.pdf.

Lean H.H., Chong S.H. & Hooy C. (2014). Tourism and Economic Growth: Comparing
Malaysia and Singapore. Int. Journal of Economics and Management, 8(1), 139 –
157.

Majed M.J. (2015, Jun 12). Cabaran Industri Pelancongan Negara. Utusan Online,
Diambil dari
http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-industri-pelancongannegara-1.101769

Malia J. (2013). Usaha-Usaha Untuk Memajukan Pelancongan Negara. Diambil dari
http://bmutkspm.blogspot.my/2013/07/karangan-spm-bahagian-b-usahausaha.html#sthash.AYvokPMk.dpbs

Mindabahasa. (30 Jun 2008). Isi Penting Esei Pelancongan. Diambil dari
https://mindabahasa.wordpress.com/2008/06/30/isi-penting-esei-pelancongan/

Mokhtar N.A, Tin P.B. & Mohd S.N.H. (2012). Manpower Needs Analysis in Tourism
Industry in Malaysia. Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju, 1,
633 – 640.

Omar Z. (2015). Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap Ekonomi. Diambil dari
https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/DrZul14_12_2015.pdf

Pelanconganblog. (2016, Mac 16). Halangan atau Cabaran Industri Pelancongan di Malaysia Di ambil dari http://libguides.gwumc.edu/c.php?g=27779&p=170343

Raghazli R. (2010). Sektor Pelancongan di Malaysia dan Kepentingannya. Diambil dari
http://impianrika.blogspot.my/2010/11/sektor-pelancongan-di-malaysia-dan.html

Ragu T. (2014, Disember 18). Faktor-faktor yang menggalakkan industri pelancongan.
Diambil dari http://contohkaranganthucii.blogspot.my/

Rahman H. (2013, January 13). Sistem dan Konsep Pelancongan. Diambil dari http://hashimrahman.blogspot.my/2013/01/sistem-dan-konsep-pelancongan.html

Salleh N.H., Othman R. & Sarmidi T. (2013). An Analysis of the Relationships between
Tourism Development and Foreign Direct Investment: An Empirical Study in Selected Major Asian Countries. International Journal of Business and Social Science, 2(17), 250-257.

Sinar Online (2014, April 17). Insiden MH370 Jejas Ketibaan Pelancong China. Diambil
dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/insiden-mh370-jejas-ketibaanpelancong-china-1.271606

Tahap Pembangunan Industri Pelancongan (2016, Mac 16). Diambil dari
https://pelanconganblog.wordpress.com/2016/03/16/tahap-pembangunanindustri-pelancongan-2/

Tan. (2014). Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara. Diambil dari http://cikgutancl.blogspot.my/2014/08/peperiksaan-percubaan-spm-2014ramalan.html

Utusan Online (1998, Januari 10). Pelancongan dan alam sekitar. Diambil dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia sec=Rencana&pg=ot_02.htm

Yahya R. (2009). Industri Pelancongan Di Malaysia. Diambil dari
http://ramlibinyahya.blogspot.my/2009/07/industri-pelancongan-di-malaysia.html

Yat (2015). Kepentingan/Faedah/Kebaikan/Impak Industri Pelancongan Kepada
Malaysia. Diambil dari
http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.my/2015/04/kepentinganfaedahkebaikan-industri.html

KESIMPULAN



Sektor perkhidmatan, yang juga meliputi sektor pelancongan, kini memberi sumbangan tertinggi kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan dijangka akan terus meningkat selari dengan arah aliran kebanyakan negara maju. Justeru, keseluruhan rakyat jelata harus menyelaraskan minda sebagai sebuah negara perkhidmatan setimpal dengan status sebagai sebuah negara maju. Segala asas-asas yang bersesuaian dengan keperluan industri perkhidmatan perlu dipupuk.

Pelbagai langkah dapat dirancang dan dilaksanakan untuk menaikkan industri pelancongan Malaysia. Semua pihak tidak kira kerajaan, swasta amhupun orang persendirian haruslah menunjukkan iltizam untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang hebat. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan kepelbagaian budaya kaum-kaum di negara ini akan menjadi sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan luar.

Konklusinya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa akan berterusan. Jelaslah bahawa pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN



Walaupun industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah mengugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, namun usaha keras yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia, telah meningkatkan keyakinan pelancong dari lain-lain negara selain Cina, untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Data terkini yang dikeluarkan oleh “Tourism Malaysia”, sehingga Disember 2014, mencatatkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia telah meningkat sebanyak 6.7 peratus menjadi seramai 27.4 juta pelancong.

Langkah yang pertama ialah melengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita. Sebagai contoh, keretapi laju (ETS) adalah salah sebuah projek pengangkutan yang berkaitan dengan bidang pelancongan ini. ETS yang jauh lebih laju daripada keretapi biasa dapat menarik pelancong untuk menaikinya untuk menuju ke destinasi berjarak jauh di Malaysia. Ia dapat menjimatkan masa para pelancong dan masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan aktiviti pelancongan. Selain dari ETS, kemudahan bot ataupun feri dapat menarik bilangan pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau peranginan yang terdapat di Malaysia ini. Contohnya, perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi telah dinaiktarafkan dengan feri yang boleh membawa penumpang dengan kenderaan ke pulau tersebut. Jadi, ia lebih memudahkan pergerakan para pelancong kerana mereka tidak perlu untuk menyewa kenderaan lagi ketika berada disana (Johan M., 2015).

Langkah yang kedua adalah dengan penganjuran pelbagai acara dan juga karnival. Karnival pelancongan adalah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan sesebuah negara ke mata dunia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) bertanggungjawab dalam merangka karnival ini. Dalam karnival seumpama ini, banyak perkara diketengahkan seperti tempat-tempat menarik, kepelbagaian makanan dan juga kebudayaan masyarakat yang pelbagai kaum. Terdapat juga pakej-pakej pelancongan yang kompetitif disediakan kepada masyarakat antarabangsa. Selain daripada membuat karnival, KPKM telah membuat projek pelancongan. Dalam projek ini, terdapat sukarelawan pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pelancongan pelajar, pelancongan pendidikan, agro-pelancongan dan pelancongan sukan.

Langkah yang ketiga ialah melalui Tourism Malaysia (TM). Tourism Malaysia telah banyak membuat program yang industri pelancongan. Terdapat pelbagai industri seperti agensi pernaigaan, perlesenan dan pendaftaran pelancongan, industri konvensyen dan pameran dan persatuan pelancongan dan agensi seperti Arkib Negara Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Jabatan Muzium Malaysia yang bernaung dan berkolaborasi di bawah TM ini. TM telah menjalankan pelbagai kempen demi meningkatkan pelancongan di Malaysia. Kempenkempen seperti ‘Malaysia Truly Asia, ‘Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je’, ‘Tahun Melawat Malaysia’ dan ‘Malaysia years of festival’ (MyFEST) dapat memperkenalkan keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ke masyarakat seantero dunia. Keunikan yang ditawarkan ini dapat menaikkan jumlah kedatangan pelancong ke negara kita saban tahun.

Langkah yang keempat adalah dengan memperkenalkan produk pelancongan baru yang dapat menarik minat pengunjung dari negara asing. Kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa iaitu menyediakan lebih banyak  ‘homestay’ untuk dihuni oleh para pelancong. Selain itu, musim buah-buahan yang hanya terdapat di negara ini seperti durian, mempelam, manggis dan sebagainya turut dihebahkan kepada pelancong asing supaya mereka dapat menikmati keenakan buah-buahan tersebut dan seterusnya menjadi buah mulut mereka untuk terus datang ke Malaysia pada musim-musim tertentu. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, peluang untuk memperkenalkan budaya dan kesenian di Malaysia yang pelbagai dan unik ini terbuka sangat luas (Malia J., 2013).

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN



Potensi industri pelancongan untuk menjadi penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika segala usaha untuk membangun dan memajukan industri pelancongan diberi penekanan yang sepatutnya. Isu-isu yang melibatkan pelancongan mempunyai pro kontra dalam sumbangannya terhadap jumlah kedatangan pelancong ke negara Malaysia. Kejayaan yang diterima industri pelancongan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kempen dan promosi galakan di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga adalah disebabkan daripada pengalaman pelancong itu sendiri ketika melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik ketika melancong ke Malaysia akan turut mempromosikan negara Malaysia sebagai negara yang patut dilawati kepada orang lain (Yahya R., 2009).

Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) adalah salah satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyokong aktiviti pelancongan ini. PATA mempunyai pengaruh yang besar dalam industri pelancongan telah mengadakan persidangan tahunannya di Malaysia (Minda bahasa, 30 Jun 2008). Pata memainkan peranan yang penting dalam memulihkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap keindahan negara Malaysia melalui pelbagai promosi yang dibuat di seluruh dunia. Pada tahun 1992, PATA telah menggariskan Kod Tanggungjawab Sektor Pelancongan Terhadap Alam Sekitar (KTSPTAS) sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan kegiatan pelancongan yang lebih mesra alam di seluruh dunia (Utusan Online, 10 Januari 1998).

Sistem ‘tagal’ juga merupakan salah satu sistem yang digunakan dalam menyokong industri pelancongan di Malaysia. Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Ia merupakan satu kaedah tradisional yang telah diubahsuai menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan Jabatan Perikanan negeri Sabah Berdasarkan sistem ini, penggunaan sumber semulajadi dihadkan dengan mengaplikasikan zon rizab dan juga limitasi penuaian sumber sungai khususnya. Amalan pengurusan ini juga telah diperluaskan kepada lebih ramai komuniti pada masa kini dan sekaligus telah menjadi satu sistem pengurusan yang bukan sahaja untuk pemuliharaan alam sekitar tetapi sebagai sebuah ‘produk’ yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial komuniti pelaksana. Sistem ini diguna pakai oleh komuniti yang sedar tentang kebaikannya sebagai sebuah produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti.. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan (Foo J., 2011).

Selain itu, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dengan persetujuan Diraja. Dengan kelulusan ini, Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Menteri Perdagangan dan Perindustrian akan melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang beranggungjawab untuk menjalankan Perbadanan dan pentadbiran am. Garis-garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan bilangan perjalanan antara negeri oleh rakyat Malaysia sendiri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri, terlibat dalam proses pembangunan fizikal industri pelancongan dan menjalani tugas-tugas yang berkaitan dengan pelancongan antarabangsa dan serantau.

Disamping itu, dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan berkolaborasi dengan pihak-pihak swasta untuk membangunkan produk-produk baru. Pada tahun 1994, kerajaan telah melancarkan Tahun melawat Malaysia 1994 dengan menawarkan 170 program dan acara yang merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaanpameran, sukan dan konvensyen. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Pameran Maritim dan Udara (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi adalah contoh aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini perlu mempunyai perancangan yang teliti supaya dapat dijalankan sepanjang masa denga promosi yang lengkap dan meluas. Ia dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan bahawa Malaysia cemerlang dalam bidang pelancongannya.