Industri pelancongan kurang diberi perhatian oleh
pihak kerajaan pada zaman pasca kemerdekaan. Hal ini adalah kerana pihak
kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan juga
kestabilan negara. Hal ini ditambah lagi dengan penumpuan terhadap sektor hasil
bumi seperti bijih timah dan getah yang dijadikan hasil utama terhadap negara
ini. Walaubagaimanapun, perkembangan yang positif dalm sektor ini mula dapat
dilihatpada era tahun 70an dengan penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
(TDC) pada Ogos 1972, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Persidangan Kesatuan
Pelancongan Kawasan Pasifik (PATA) di Kuala Lumpur.
Pada awal tahun 80an, sektor pelancongan adalah
semakin berkembang pada ketika negara ini sudah aman dari ancaman komunis dan
ancaman luar. Ini ditambah pula dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan
Pelancongan pada tahun 1987. Kementerian tersebut seterusnya dinaiktarafkan
kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun
1990. Dengan penubuhan kementerian ini, ia dapat merancakkan lagi pembangunan
dalam industri pelancongan (Marzuki A., 2010).
Melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia pada tahun
1990, ia membawa kepada peningkatan sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) walaupun selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dengan
cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam negara dan mengurangkan aliran
keluaran matawang negara seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara. Pelbagai
inisiatif telah diambil kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan
asas yang berkaitan dengan industri pelancongan (Pelanconganblog, 2016).
Pembangunan industri pelancongan di negara ini pada
masa kini telah mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan. Peningkatan dalam
industri ini adalah dibantu oleh kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.
Pembangunan dalam industri pelancongan ini mendatangkan lima faedah utama iaitu
sumbangan kepada imbangan pembayaran negara, pembangunan kawasan bukan
perindustrian, kewujudan peluang pekerjaan, pembangunan sosial seterusnya
meningkatkan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak berganda.
Walau bagaimanapun, pelbagai tragedi yang berlaku
terhadap Malaysia pada tahun 2014 sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada
industri pelancongan negara. Rentetan daripada tragedi tersebut, negara telah
menyaksikan penurunan jumlah kedatangan pelancong dari negara China disebabkan
oleh kepercayan mereka yang terjejas terhadap keselamatan negara ini. Penurunan
ini dapat dibuktikan dengan pasaran China yang menurun sebanyak 11.8% bagi
tempoh awal kejadian iaitu Januari hingga Julai tahun 2014 berbanding tempoh
sama pada tahun 2013. Sehingga akhir tahun 2014, kemerosotan ini masih juga
berlaku dengan penurunan sebanyak 9.9 peratus. Hal ini adalah sangat
membimbangkan kerana pelancong dari negara China adalah merupakan antara yang
teratas jumlah pelancongnya di Malaysia.
Walaupun industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah menggugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, keyakinan pelancong asing selain dari negara China untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan masih dapat ditingkatkan dengan kewujudan Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia (Pelanconganblog, 2016).
Walaupun industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah menggugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, keyakinan pelancong asing selain dari negara China untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan masih dapat ditingkatkan dengan kewujudan Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia (Pelanconganblog, 2016).
No comments:
Post a Comment