Thursday, 28 July 2016

KESIMPULAN



Sektor perkhidmatan, yang juga meliputi sektor pelancongan, kini memberi sumbangan tertinggi kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan dijangka akan terus meningkat selari dengan arah aliran kebanyakan negara maju. Justeru, keseluruhan rakyat jelata harus menyelaraskan minda sebagai sebuah negara perkhidmatan setimpal dengan status sebagai sebuah negara maju. Segala asas-asas yang bersesuaian dengan keperluan industri perkhidmatan perlu dipupuk.

Pelbagai langkah dapat dirancang dan dilaksanakan untuk menaikkan industri pelancongan Malaysia. Semua pihak tidak kira kerajaan, swasta amhupun orang persendirian haruslah menunjukkan iltizam untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang hebat. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan kepelbagaian budaya kaum-kaum di negara ini akan menjadi sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan luar.

Konklusinya, pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa akan berterusan. Jelaslah bahawa pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment